Tahun 2004…arena politik bergelora kembali selepas sekian lama menyepi…mungkin kali ini kurang terasa bahang kepanasan berpolitik seperti pada tahun 1999…nampaknya kali ini politik di Malaysia agak tenang…alhamdulillah…disini ingin ku berikan pandangan negatif sahaja…kerana pandangan positif lebih diketahui oleh penyokong parti masing masing….kita sebagai umat islam pada musim mengundi ini sudah mula kedengaran kutukan disana sini..cemuhan disana sini…ejekan disana sini…irihati disana sini…mengapa keadaan ini boleh berlaku? Adakah disebabkan potilik kepartian membuatkan kita menjadi begini…tindas menindas antara kita sesama islam….apabila musim mengundi maka ramailah diantara kita membuat perhitungan ohh....parti itu akan menang….parti ini akan menang…ada juga yang mengatakan…confirm!uih…belum apa apa dah confim?adakah masih lagi ada konspirasi tertentu seperti kes yang terdahulu?seperti musim-musim terdahulu rasanya kali ini perang poster makin hebat…terdapat banyak sekali poster bewarna biru didepan rumah pakcik aku ni….sampai semalam tiba-tiba dah ada poster penuh tiang letrik depan rumah pakcik aku….erm…..pada pandanganku kali ini SPR masih lagi kelihatan berat sebelah...nampak sangat tidak neutral….musim politik je mesti ada rasuah…tak banyak walaupun sikit rasuah juga namanya….muda mudi yang tidak keluar mengundi masih dipersalahkan padahal ramai lagi org tua yang tak keluar mengundi….mahasiswa masih lagi tidak bebas untuk berpolitik….kalau hantar surat pandangan individu pada akhbar mesti akan dihadapkan tindakan tatatertib disebabkan AUKU….kalau golongan kerajaan pula ada AKUJANJI…bukankah ini menghalang demokrasi?kebebasan bersuara diperkosa!adakah individu yang tidak memihak kepada kerajaan tidak perlu membayar cukai? Mereka juga dikatakan rakyat…berhak bersuara…kalau nak bersuara pula mesti kena Akta Hasutan…susah kan?apa klasifikasi hasutan yang dimaksudkan?entah!saluran media masih lagi tidak neutral…oh ya baru teringat…malam ini distesen ntv7 Haji Abd Hadi akan berucap? Satu pembaharuan (tetapi telah DIBATALKAN)…sepatutnya beri hak sama rata pada semua parti untuk membuat manifesto masing masing di tv atau radio….insyallah ramai sangat yang nak tengok! Kalau ada iklan pasti mahal iklan masa tayangan itu?ini tidak…semua media masa hentam parti bukan majoriti dan media underground hentam semua yang tak setuju dengan mereka sehinggakan kelihatan tiada kebaikan langsung pada pihak yang lagi satu! Sesetengah pihak masih lagi mengatakan kami dah beri itu ini jadi pilihlah kami…adakah kalau pemimpin lain diberikan peluang untuk memimpin rakyat mereka tidak akan melakukan perkara yang sama?itu adalah kewajipan bagi seorang pemimpin dan kita patut berterima kasih….cuma cara perlaksanaan mereka (pimimpin) sahaja yang akan dinilai?kalau cara rasuah atau kronizme pasti ramai yang tidak suka! adakah negara yang mengamalkan sistem komunis tidak memberi keperluan asas kepada rakyatnya?kedengaran disebuah universiti diadakan bilik gerakan parti dan kempen bersama mahasiswa?kalau benar adakah AUKU dilaksanakan?mahasiswa pemimpin kelab parti tertentu diluar negara tiap-tiap tahun dapat sponsor tiket penerbangan pergi balik ke perhimpunan agung tahunan parti berkenaan?mereka juga ditaja kerajaan untuk belajar dan tidak berpolitik lagikah itu? AUKU entah kemana?tidak pula digantung biasiswa mereka bukan? untuk jamuan makan sahaja (diluar negara susah nak makan makanan sedap dan halal beb!) dipaksa menjadi ahli kelab dahulu baru boleh join dan kena bayar pulak tu!erm…baru teringat…cukai haram kasino ,kedai judi atau kedai arak malaysia ni ada akaun yang diasingkan ke sebagai akaun akaun haram ke?kalau tak maknanya kakitangan kerajaan akan diagihkan duit haram ini sebagai rezeki kepada anak-anak mereka?adakah kerajaan negeri di terengganu dan kelantan melakukan perkara yang sama?satu bahagian yang tumbuh dengan sumber yang haram pasti akan dibakar api neraka…individu yang dicemuh pula biasanya akan ambil tindakan mahkamah kerana ditegur ‘akibat kesalahan diri sendiri’ dengan mengatakan perkara itu telah menjatuhkan maruahnya?betul juga ya?tapi….kalau begitu…..lebih senang tak payah berpolitik lah kalau tak sudi dicemuh dikritik…atau mengambil teguran orang lain secara tidak membina…dimusim ini juga ada sesetengah pihak suka sangat menjaga tepi kain orang….maka timbullah fitnah dan umpatan sana sini…..kalau perkara yang salah itu benar maka mengumpat namanya…kalau terbukti tidak benar itu dah nama memfitnah namanya! Siapa mereka ini…mereka adalah orang islam….kenapa ini boleh berlaku?entahlah….sebenarnya ini adalah masalah besar….akibat keburukan kita berpolitik masa kini…maka kita menghina saudara seislam kita sendiri….apabila tiada lagi satu hati sesama islam maka pasti tiada bantuan daripada Allah s.w.t!!adakah cara berpolitik kita salah?sekiranya tuan puan ingin memilih pemimpin janganlah memilih pemimpin yang mengatakan ‘Saya adalah dipihak yang benar dan mereka (orang lain) adalah salah….maka pilihlah saya’ dan dipihak disatu lagi juga mengatakan perkara yang sama ‘Saya adalah dipihak yang benar dan mereka (orang lain) adalah salah….maka pilihlah saya’….orang seperti ini tak layak dijadikan pemimpin sebenarnya….so please choose wise!dan mereka yang menuduh orang berzina tanpa saksi tak boleh dijadikan saksi buat selama lamanya (apa lagi pemimpin) dan sepatutnya disebat 80x!!hudud tidak sesuai?pelik bukan?
Ada pihak mengatakan sekiranya hudud dilaksanakan adakah perzinaan, pembuangan bayi, sumbang mahram akan dapat dihapuskan sepenuhnya?jawapannya tidak!….tapi ingat….pada zaman rasulullah s.a.w pun ada kes-kes seperti ini….tapi kesnya kalau tak salah saya ada 6 kes sahaja dan salah satu daripadanya yang mana rasulullah menyuruh seorang ibu berulang kali menyuruhnya pulang kerana si ibu tadi mengaku yang dia telah melakukan zina dan ingin menerima hukuman didunia kerana tak sanggup menerima hukuman diakhirat…..ada juga kes begini bukan?tetapi boleh dihitung dengan jari sahaja!secara logik akal seorang insan yang waras….hampir mustahil untuk melihat satu pasangan itu berzina pada tahap ‘seperti pistol dimasukkan kedalam sarungnya’….hampir mustahil!!betul tak?dan saksi yang melihat pulak bukan sebarangan saksi….perlu mencapai tahap keperluan tertentu dan perlu 4 orang pula tu!tapi kenapa tak sanggup melaksanakannya….ataupun takut orang disana sini tak ada tangan dan kaki?macam hantu?ataupun takut diselar masyarakat sedunia kerana mengamalkan undang-undang kolot tak bertamadun dan memalukan seseorang insan dan keluarganya kerana menyebat pesalah dikhalayak ramai atau merejam sampai mati?kelakar bukan?buat apa perlu takut kalau tak buat?jangan ambil sebahagian al-quran untuk menyokong diri sendiri tetapi menolak yang lain…ambillah al-quran dan as-sunnah secara keseluruhannya….dan ada juga suara yang mengatakan sekiranya dilaksanakan maka orang ramai belum bersedia untuk mengamalkannya?nak tunggu sedia dalam kubur kah?itu pun masih ramai orang bukan islam ditipu pasal hudud dan tidak diberikan maklumat yang sempurna untuk menyokong diri mereka sendiri….pada musim berpolitik ini juga maka para peniaga akan berkunjung kesana sini menunjukkan sokongan kepada individu atau parti tertentu?erm…ini macam mengampu namanya?tetapi inilah senario politik di Malaysia…tiada masalah bagi golongan peniaga cina kerana mereka memang satu hati…tetapi peniaga melayu terpaksa berpolitik untuk mendapatkan projek….kalau tak join tak dapat projek lah?adakah ini satu keadaan yang sihat?peniaga melayu sering dikaitan dengan politik?yang bagi projek parti….balasannya peniaga perlu keluarkan sedikit wang untuk biaya parti berkenaan….kadang kala ratusan ribu ringgit?macam sistem barter….tetapi sesetengah peniaga sebenarnya tidak suka cara begini…..oleh kerana kita berada di Malaysia….nampaknya terpaksalah kan?nak buat macam mana?busuk lagi politik Malaysia….nampaknya musim perayaan undi ini tiada lagi kedengaran ‘aku orang Islam’ kalau ditanya kamu ni orang apa? maka ramai yang akan menjawab ‘aku orang UMNO’, ‘aku orang PAS’, ‘aku orang DAP’,’aku orang BN’,’aku orang BA’….agaknya kalau pertanyaan itu ditanya malaikat maut sebelum mengambil nyawa kita dan jawapan yang sama kita berikan, apa yang agaknya akan berlaku?yang penting kita sepatutnya jangan terlalu fanatik membabi buta…biasanya pemimpin parti cool tapi penyokong yang extreme….so dituduh lah merusuh disana sini….bila ceramah tidak diluluskan marah….erm….ceramah politik tak boleh dibuat didalam masjid or surau?kalau macam tu sekular lah negara kita…..mane pergi demokrasi?hentam kerajaan kena gam….hentam yang betul pulak tue?kita sayang kerajaan kita perlu tegur…..nobody perfect and we must admit it!tak tegur sebagai muslim nanti kena dakwa dengan Allah s.w.t kat akhirat…..lagi susah….bila tegur kata menghina?kalau macam tu tak boleh tegurlah….adakah kerajaan begitu sempurna sehingga tidak boleh ditegur?tapi orang yang menegur kadang-kala memang tak berlapik….mana budi pekerti kita sebagai seorang islam?teguran perlu dibuat secara membina dan tidak memalukan sesiapa dan cuba bagi penyelesaian yang sepatutnya……agak agak la! aku balik raya tengok kampung kampung di kelantan ada MERC ada BMW tue yang hulu hulu plak tue…..kat bandar bandar tak tahulah….dan memangpun rumah mereka buruk buruk….rumah kampunglah katakan…..sebenarnya orang yang kaya itu adalah mereka yang ‘cukup’…tetapi kalau seseorang itu masih lagi tak cukup cukup…maka…dia masih lagi seorang yang miskin……duit royalti minyak kerajaan terengganu tidak diberi….nak buat hukum syariah kerajaan pusat tak luluskan….lepas tu kata kerajaan terengganu tipu rakyat sebab hukum syariah yang dijanjikan tidak dilaksanakan?pelik pelik….bukti ada orang yang masih tak bayar zakat disesebuah negara apabila adanya rakyat yang miskin….didalam sejarah kita pernah lihat yang mana satu zaman dimana rakyatnya tidak ada yang miskin walaupun seorang…..dan sesungguhnya orang yang perlu membayar zakat itu bukanlah orang yang miskin!!semoga melalui politik ini kita sebagai umat islam lebih bersatu padu dan bekerjasama dan yang paling penting ialah satu hati….kalau ini tidak ada…sampai bila bila pun islam akan diketawakan orang…..daripada pandangan positif pula….perbalahan ini sepatutnya akan membawa kita kepada satu evolusi baru yang sepatutnya lebih baik….tetapi sekiranya kita masih lagi banyak bersangka buruk terhadap mukmin yang lain….akan berkuburlah kemurniaan islam….apa yang benar itu walau siapa pun kita kita sepatutnya mengatakan yang benar itu tetap benar!!! apa yang salah itu walau siapa pun kita kita sepatutnya mengatakan yang salah itu tetap salah!!! Allah s.w.t hanya pandang pada iman dan amal kita sahaja…..doa pada Allah supaya iman kita meningkat dan amal kita bertambah aminn…So… yang baik daripada Allah s.w.t dan yang tidak baik atas kekurangan dan kelemahan saya sendiri…. wallahua’lam
*islam itu indah